BIGGY BIG

Camping atau istilah mudah bermalam di hutan ataupun mana-mana tempat tanpa katil ataupun teddy bear pasti meninggalkan keseronokan yang nyata pada setiap orang, oke saya saja. Setelah hidup selama 20+ tahun baru rasa nikmatnya camping atas batu-batu dan berbumbungkan pokok kelapa sawit. Sebab hutan, eh bukan danau plus ladang kelapa sawit terbiar penuh dengan kelapa sawit. Eh, macam mana yer? Oke, teruskan. Last week, I went for camping at Pulau Poh camping site, sebuah pulau dalam Tasik kenyir, Terengganu.

Perjalanan yang memakan masa yang lama, sebab banyak mimpi dapat (sila notis, I suka tidur dalam bus,kereta,motosikal,feri,segala jenis kenderaan bermotor)Perkhemahan selama 3hari 2malam di dalam kelapa sawit sangat memenatkan dan mengancam. Faham kan maksud saya? Kehidupan tanpa katil dan laptop di sisi ternyata menenangkan sebab xperlu fikir pasal assignment takpun baju yang perlu dicuci. Waktu tersebut, saya sangat excited sebab that was the 1st time, Maths students keluar untuk aktiviti. Kelakar bila semua nampak kekok. haha pengalaman tercabar apabila kena berkawad pada petang hari dan menghadapi situasi apabila John( babi jinak) masuk pagar. Huru-hara dibuatnya. Nasib baik dapat halau.

Hari-hari mendatang pada waktu itu dilalui dengan semangatnya. Pagi-pagi sudah bersengkang mata untuk memasak untuk family(group). Wah macam mak-mak kena masak untuk breakfast + lunch.I sudah bole menyelam sambil goyang-goyang kaki,kepak-kepak tangan. Pencapaian membanggakan bagi spesis yang tak reti berenang macam I. haha ketinggalan sungguh. Dan, kesakitan tangan juga dicapai apabila mendayung untuk lebih kurang 6kiloM.Sangat penat xboleh nak kata. PENAT! Sunburn juga sudah terbentuk =_=''

Malam kebudayaan menyaksikan apabila semua orang tunjuk bakat terendam masing-masing. Shy-shy cat sudah hilang dalam kamus hidup, tapi untuk malam tu saja lah. I pun nak tunjuk juga bakat berlakon dengan jadi kaki gosip (actually,memang habit tu,xpayah berlakon)

Final day, pergi merayau ke dalam hutan, tapi xmacam hutan sangat, macak semak dengan pokok-pokok tinggi. Bila dah sampai tengah-tengah semak dengan pokok-pokok tinggi, each group mesti memasak masakan berasaskan sardin dan tepung gandum. Menu group I hari tu nasi, sardin tumis, penkek,jejemput, pita sardin. Telan air liur masa typing ni. haha Bila semua sudah confident, lecturer akan buat penilaian berdasarkan tekstur dan rasa. My group guna bahan terlarang iaitu hot chocolate untuk buat air, sebab xbawa satu pun bahan minuman hari itu.

Overall, camping dalam ladang kelapa sawit memang exciting event lah, walaupun kena marah kaw-kaw dengan encik BIG. haha see you next time John. Tapi xsempat jumpa Mikey.


Ini sebelum merentas laluan John and family untuk aktiviti air


Ini masa lunch,makan makanan hasil sengkangan mata berair


Ini breakfast,if not mistaken


Before bergerak,berlensa dulu


Ini potret class tapi ada tambahan 2orang,boleh spot the not?


With pupu, I am complete, waah ini classmate,bestie,groupmate.


Ini bergambar bersama lovely buddies


Oke, mak nak kutip tray nak cuci. Bukan,perasan je


Bersama buddies lagi (ini flash back saja)


Hutan ladang sawit. Hutan ke ladang sebab banyak sangat.


Groupmates yang berdiskusi untuk malam final.

Actually, there are bunch more pics to be put, insyaAllah kalau I rajin, I letak manyak-manyak. Sekarang hungry2. Papai