Sebelum masuk tahun baru dah kena marah dek mak aku, sebab aku tak masak lunch plus dinner. Haha mana nak tahu dia puasa, dan min pun tak mintak aku masak untuk lunch. Cepat-cepat aku ambil duit pergi pasar depan rumah, mujur lah tak tutup lagi sebab dan pukul 6.15 petang. Nasib baik juga aku dah solat maklumlah nak masuk tahun baru kan, ceh selalu kan Asar nak dekat-dekat Maghrib, pastuh baring-baring sampai nak masuk Isyak baru nak Maghrib, teruk betul aku yang dulu ni. hehe
Balik je pasar, terus mama suruh masak itu, ini guna bahan yang dah dibeli. Aku pun dengan rasa bersalah yang amat start siap-siapkan bahan. Kalau aku nak explain satu satu memang orang laki xnak kawin dengan aku, memang berterabur habis dapur. Last-last, kurang 30minit mama dengan min dah boleh berbuka puasa dan dinner. Um, tapi aku xstop memasak lagi taw, tinggal sayur je tak goreng lagi.Disebabkan aku kalut sangat dekat pasar tadi sampai lupa santan tapi mak aku suruh goreng kicap je.Aku memang syoklah sebab nak pergi pasar masa tu memang mustahil.Tapi kan, sedar-sedar depa pi masjid tinggal chek sorang-sorang. Chek tudung pun xcampak lagi. haih
Then, gua masak cendawan masak black pepper, first time beb, tu pun search internet tau, sebab gua suka cendawan dengan black pepper, terpikir juga lah nak gabung depa berdua kan, ala kenen-kenenkan gitew. Nasib baik jadi sebab guna shitake, kalau guna yang biasa, mahu hancur bila angkat dari kuali. Awal Muharam diwarnai dengan luka kat dua-dua jari hantu. Gua xboleh lah buat isyarat kurang ajar buat dua tiga hari ni. hehe tak tak, tak pernah buat dan takkan buat. :D
Gua pun sedar dan berangan (boleh buat dua-dua taw) yang gua dan boleh kahwin ni, tapi fikir-fikir balik takkan nak bagi laki makan ikan goreng dengan cendawan hari-hari kot. =.=' (Aku kena berguru dengan nanny Munah nih)
Awal Muharram! Ada resolusi baru? aku ada tapi biarlah aku seorang je yang tahu sebab kalau tak tercapai nanti, malu sendiri, biasa lah, gua ego beb. Tak main lah malukan diri depan orang lain. haha
Salam Maal Hijrah 1432H.
Semoga kedatangan tahun baru memberi satu kehidupan baru,
tak nak sedih-sedih, tak nak hasad-dengki, tak nak membuat perkara yang at the end, menyesal sendiri,
tak nak tak nak tak nak.

Gambar aku cedok dekat google image, kepada tuan gambar, pinjam eh pic nih. Peace hehe