hari pertama di sekolah besar sangat memenatkan.
Hari ni baru start Sem 3 yang memang memenatkan. Rasa bersalah terhadap tilam sebab tinggal dia pagi-pagi buta. Tambah-tambah result final last sem yang tak seberapa berbanding yang sebelum-sebelum ni lagi tambah stres yang dah memang wujud. The day when well enough even terkejut sangat dapat lecturer untuk critical subject yang pernah buat kes dengan kelas aku.
Pagi tadi, lecturer ada sebut pasal personaliti unggul seorang guru dan aku sememangnya tertarik sebab dia cakap benda yang sangat relevan untuk dibincangkan plus berdasarkan murid. Personaliti guru yang pertama dianggap unggul ialah guru yang adil. Adil bagi aku bermaksud kau kena terima semua budak-budak kau. Kau bukan datang kelas untuk melabel budak-budak tapi kerja kau untuk ubah mereka supaya jadi apa yang mereka tak pernah jadi (Well, semestinya benda yang baik kan?) Tapi, dengan melabel budak-budak kau yang ni baik, yang ni bodoh, yang tu cerdik memang satu tindakan yang sangat tak patut bagi cikgu macam kau. Kau pula mesti nak mengajar pelajar yang ada profile cantik, bersih, suci kan? Tapi, kau ada fikir pasal kumpulan yang satu lagi?
Dan aku, dari aku sekolah, masih ada lah cikgu-cikgu yang macam ni. Kenapa eh? Aku harap aku tak berfikir salah lagi pasal cikgu sebab nanti tak berkat tau. hehe
p/s : Have a speedy recovery Mahfudzoh. :)