Alhamdulillah,
Dalam belog, tak pernah I ingat ke tak cakap pasal jaga diet. Tapi, nak reveal juga lah proses yang sangat penat dan sakit. Sekarang I tengah jaga diet nak turunkan berat badan. Bagi orang lain, banyak cara nak turunkan berat badan, sampai ekstrem macam tuh, tapi I tak kot, janji turun dan tak sakitkan badan.
Diet yang I guna tak teruk sangat tapi I tinggalkan CHO sepenuhnya. Memang susah sebab kita memang ambil CHO hari-hari kan. Tapi I teruskan juga sebab nak kurus punya pasal, eh tapi bukan nak kurus, nak sesuaikan berat dengan tinggi, berat ideal lah lain cakap.
Semangat nak turunkan berat badan ni start lepas doktor Fujaa suruh dia buang pengambilan CHO dalam makanan hari-hari. Nak juga try sebab doktor dah cakap macam tuh, kenapa taknak cuba kan? To be act, dalam sayur, buah pun memang banyak CHO tapi kita tinggal yang jumlah besar juga, yang boleh kita nampak. Seminggu pertama tak terasa sangat sebab I jenis makan banyak kali. Tapi, ada juga lah ponteng makan nasi, makan malam sebab tak tahan dengan Kerang Kak Pah masak, lagi Apih jenis makan banyak,makan malam lagi.
Setakat ni, dah turun 3kilo tau. Tak lah banyak tapi biar sedikit tapi kekal, betul kan. Sekarang ni nak cuba Morning banana diet, sebab berkenan pula sebab diet ni sangat senang dan efektif. Tapi, tak berkesan lagi lah kat I sebab baru nak cuba.
Harapannya dapat turunkan dalan 10kilo pun jadilah sebab nak yang ideal kan?
Diet pagi
Nesvita (92.5cal) / Milo (118.1cal)
Pisang (112cal)
Diet tengahari
Tomyam (204.6cal) / Sup Ayam (44.1cal)
Sunquick suam (100cal) Tapi cuaca kat Mesia ni paksa I minum ais -__-
Diet malam
Sup sayur (521.70cal)
Air barli suam (151cal) Kadang-kadang amik ais, memang tak boleh tinggal lah -__-
Nestle Bliss (90.6cal)
Total sehari: 1107.4cal
Tapi snek-snek memang I tak tinggal tapi banyak kurangkan yang manis-manis, yang masam-masa, yang masin-masin, harap kali ni lagi berdisiplin lah. Lagipun, bukan setakat makan je jaga, main sukan pun sama, tapi I prefer jogging je, takpun skipping. Tak main hoki dah lepas lebam kat mulut, lebam kat perut, kaki jangan cakap.
Esok mula Morning banana diet yuk! Tapi, nak berpuasa juga, Ramadahan nak dekat dah nih :P