Belog memang tak dijenguk lama sudah. Sebab tuannya pemalas, banyak lagi kerja nak dibuat, ditambah dengan subjek Statistik yang sangat serabut. Tapi, nak jugak pic-update sebagai ganti post yang tak sempat nak dibuat. tehee
Masa 18 Februari, I dengan besties dari sekolah shuffle ada buat small reunion memandangkan Idora nak fly. Reunion kali nih sangat best sebab semua free dan gather sama-sama dengan Shah Alam. Farah yang busy sebagai JPP pun sanggup datang. To be act, sebenarnya plan ni hampir tak jadi sebab semua busy dengan study masing-masing, plua I dengan Lily pulak yang tersasar jauh dengan yang lain-lain. I di Kelantan dan Lily pulak di Johor. Tapi, Lily memang takde masalah nak ke KL sebab 2-3jam je perjalanan.
I yang memang jauh nih decide nak naik bas je sebab nak drive, memang mustahil. Jauh dan tidak berbaloi, kalau setakat masuk sampai Gombak ke, boleh lah harap tapi ni sampai Shah Alam memang sangat mustahil.
Reunion yang dirancang pun tidak lah sebenarnya menjadi pun sebab semua ada alergik nak pergi situ, nak pergi sini. Last-last buat reunion di Sg. Gabai. Fatin dengan Waha yang jadi driver, I tidur je kat sebelah, memang tak boleh harap bab jadi co-driver.
Masa reunion ni jugak lah nak tunjuk bakat masing-masing dalam menyanyi. tapi dalam tiga-tiga malam kat sana, takde peluang nak karaoke sebab tutup dan mahal. Haha memang nasib malang betul. Tapi, tak menyanyi pun tak menjadi hal sebab masa memang digunakan sepenuhnya.
I balik ahad malam lepas Apih ambil kat Shah Alam gara-gara muntah dalam bas. Ngeng betul bas tuh.

Seronok dan Kure dah fly pun sekarang. Nak buat wishlist nak pesan apa pulak.